Saturday, November 27, 2010

RUJUKAN

Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Sukatan Pelajaran Matematik,
Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Ministry Of Education Malaysia(2002). Integrated Curriculum for Primary
           Schools Curriculum Specifications Mathematics Year 2. Pusat
           Perkembangan Kurikulum PPK: Kuala Lumpur

Velayutham Murugiah & Koa Thuan Keat (2010). HBMT2103 Teaching
           Mathematics In Year Two . Open University Malaysia. Meteor Doc:
           Seri Kembangan, Selangor.

http://www.youtube.com/watch?v=YtLEWVu815o&feature=related

Friday, November 26, 2010

KESIMPULAN

5.0 KESIMPULAN

         Pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting dalam membantu murid meningkat kefahaman mereka tentang isipadu cecair atau kapasiti . Murid dapat memerhatikan secara langsung bahawa bekas yang berlainan saiz akan menghasilkan kapasiti yang berbeza. Namun begitu ada juga bekas yang berlainan saiz tetapi mengandungi isipadu yang sama.

Selain itu murid akan lebih memahami bahawa bekas yang kelihatannya lebih tinggi atau lebih panjang tidak semestinya mengandungi isipadu atau kapasiti yang lebih banyak.
Isipadu cecair atau kapasiti juga boleh diukur dengan menggunakan unit tidak piawai dan unit piawai iaitu liter dan mililiter.

Oleh itu sebagai guru, kita juga harus mempertimbangkan perbezaan individu di mana terdapat murid pelbagai aras di dalam sesebuah kelas. Biasanya terdapat murid aras rendah dan murid aras tinggi. Oleh itu , sebelum menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru harus mempertimbangkan kesesuaian  aktiviti yang akan dijalankan dengan aras murid tersebut.
Kefahaman mengenai isipadu cecair atau kapasiti amat penting di dalam kehidupan seharian. Kanak-kanak mesti menguasai kemahiran ini supaya mereka dapat menyelesaikan masalah harian di dalam kehidupan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0  AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 Kumpulan Berpencapaian Tinggi        
Tajuk : Isipadu cecair
Hasil pembelajaran : Menyukat isipadu menggunakan isipadu bekas menggunakan unit-unit bukan piawai.
Bahan-bantu mengajar :  jag , bekas air , baldi, gelas.
Kosa kata : penuh , separuh penuh , paling kecil, paling besar, lebih banyak, lebih sedikit , lebih daripada, kurang daripada.
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempunyai pengetahuan tentang nombor dan telah dapat  membilang nombor.

Langkah-langkah :
1.      Guru membahagikan murid kepada kumpulan  berempat.
2.      Guru memberikan  jag , bekas air dan baldi kepada setiap kumpulan dan meminta murid mengisi jag ,  botol dan bekas air dengan air.
3.      Murid dalam kumpulan diminta untuk menggangar bilangan gelas yang dapat mengisi kesemua air dalam jag  , teko dan bekas air dan merekodkan anggaran tersebut didalam jadual.
4.      Murid akan mengisi air kedalam gelas untuk memeriksa anggaran mereka.
5.      Murid akan merekod penemuan mereka dalam jadual yang disediakan
Bekas
Baldi
Bekas air
Jag
Anggaran bilangan gelas

 

Bilangan gelas sebenar





6.      Guru meminta murid menulis penemuan mereka dalam bentuk  peryataan dibawah
Air  di dalam jag air boleh memenuhi _________ gelas
Air di dalam botol boleh memenuhi __________ gelas
Air dalam bekas air boleh memenuhi __________ gelas.
7.      Murid diminta untuk membincangkan tentang bekas yang mempunyai kapasiti atau isipadu yang paling kecil dan paling besar.
8.      Murid dikehendaki menyusun bekas secara menaik dari kapasiti paling sedikit kepada kapasiti yang paling banyak.
9.      Murid diminta untuk menyelesaikan pernyataan seperti di bawah dengan jawapan yang betul.
contoh :
Jag air boleh mengisi _____________ air daripada baldi.
Baldi boleh mengisi ______________ air daripada bekas air.
Bekas air boleh mengisi ____________ air daripada jag air
Bekas air boleh mengisi ____________ air daripada baldi
Baldi boleh mengisi _______________ air daripada jag air.


4.2   Kumpulan Berpencapaian Rendah
Tajuk : Isipadu cecair
Hasil pembelajaran : menyukat isipadu cecair menggunakan unit-unit bukan piawai
Bahan-bantu mengajar : jag air , cawan plastik , gelas dan botol
Pengetahuan sedia ada : murid telah mengetahui tentang membandingkan nombor.
Kosa kata : kosong , penuh , lebih banyak, sedikit , kurang daripada , lebih daripada.
Langkah-langkah :
1.      Guru menunjukkan beberapa bekas seperti , botol plastik , gelas , cawan dan jag air yang belum diisi dengan air.
2.      Guru mengisi air kedalam bekas-bekas tersebut mengikut persepsi kapasiti.
3.      Guru meminta murid untuk menyatakan kandungan air yang terdapat dalam setiap bekas tersebut dengan tepat seperti penuh , separuh penuh dan kosong.
4.      Beberapa orang murid diminta untuk menyusun bekas-bekas tersebut mengikut turutan daripada kosong kepada penuh.
5.      Guru meminta seorang murid untuk mengisi penuh jag air.
6.      Murid diminta untuk mengisi kesemua air didalam jag tadi ke dalam gelas.
7.      Murid lain pula mengulangi mengisi kesemua air di dalam jag dengan menggunakan bekas yang lain pula.
8.      Murid diminta untuk mencatatkan hasil penemuan mereka di dalam jadual yang seperti berikut:
Bekas
Bilangan
Gelas

Botol air

Cawan plastik



9.      Murid diminta membuat perbandingan tentang ketiga-tiga bekas tadi. Yang manakah bekas yang mempunyai kapasiti yang paling kecil dan bekas yang manakah mempunyai kapasiti yang paling besar.


10.  Murid diminta untuk menulis pernyataan yang betul tentang isipadu air dalam jag dengan menggunakan ketiga-tiga bekas tersebut. 
Isipadu air di dalam jag adalah sama dengan kapasiti _______ gelas.
Isipadu air di dalam jag adalah sama dengan kapasiti _______ botol
Isipadu air didalam jag adalah sama dengan kapasiti _______ cawan.

GAMBAR BAHAN BANTU MENGAJAR





Baldi

                                                                       Bekas air


  
                                                                   Cawan plastik


 
Gelas


                                                                   Jag air

                                                                       Botol air
                                                                

BAHAN BANTU MENGAJAR

3.0  BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan bantu mengajar yang digunakan semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendak sesuai , murah , mudah diperolehi serta senang digunakan oleh kanak-kanak.

VIDEO DARIPADA INTERNET

2.0  VIDEO DARIPADA INTERNET
Video daripada internet ini adalah tentang pembelajaran mengenai isipadu cecair. Daripada video ini, kita dapati bahawa kanak-kanak biasanya akan menghadapi kekeliruan tentang kapasiti atau isipadu cecair. Oleh itu guru harus mengambil langkah yang terbaik dalam menerangkan tentang konsep kapasiti atau isipadu cecair.