Friday, November 26, 2010

KESIMPULAN

5.0 KESIMPULAN

         Pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting dalam membantu murid meningkat kefahaman mereka tentang isipadu cecair atau kapasiti . Murid dapat memerhatikan secara langsung bahawa bekas yang berlainan saiz akan menghasilkan kapasiti yang berbeza. Namun begitu ada juga bekas yang berlainan saiz tetapi mengandungi isipadu yang sama.

Selain itu murid akan lebih memahami bahawa bekas yang kelihatannya lebih tinggi atau lebih panjang tidak semestinya mengandungi isipadu atau kapasiti yang lebih banyak.
Isipadu cecair atau kapasiti juga boleh diukur dengan menggunakan unit tidak piawai dan unit piawai iaitu liter dan mililiter.

Oleh itu sebagai guru, kita juga harus mempertimbangkan perbezaan individu di mana terdapat murid pelbagai aras di dalam sesebuah kelas. Biasanya terdapat murid aras rendah dan murid aras tinggi. Oleh itu , sebelum menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru harus mempertimbangkan kesesuaian  aktiviti yang akan dijalankan dengan aras murid tersebut.
Kefahaman mengenai isipadu cecair atau kapasiti amat penting di dalam kehidupan seharian. Kanak-kanak mesti menguasai kemahiran ini supaya mereka dapat menyelesaikan masalah harian di dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment