1.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
4.1 Kumpulan Berpencapaian Tinggi
Tajuk : Isipadu cecair
Hasil pembelajaran : Menyukat isipadu menggunakan isipadu bekas menggunakan unit-unit bukan piawai.
Bahan-bantu mengajar : jag , bekas air , baldi, gelas.
Kosa kata : penuh , separuh penuh , paling kecil, paling besar, lebih banyak, lebih sedikit , lebih daripada, kurang daripada.
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempunyai pengetahuan tentang nombor dan telah dapat membilang nombor.
Langkah-langkah :
1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan berempat.
2. Guru memberikan jag , bekas air dan baldi kepada setiap kumpulan dan meminta murid mengisi jag , botol dan bekas air dengan air.
3. Murid dalam kumpulan diminta untuk menggangar bilangan gelas yang dapat mengisi kesemua air dalam jag , teko dan bekas air dan merekodkan anggaran tersebut didalam jadual.
4. Murid akan mengisi air kedalam gelas untuk memeriksa anggaran mereka.
5. Murid akan merekod penemuan mereka dalam jadual yang disediakan
Bekas | Baldi | Bekas air | Jag |
Anggaran bilangan gelas |
| |
|
Bilangan gelas sebenar |
|
|
|
6. Guru meminta murid menulis penemuan mereka dalam bentuk peryataan dibawah
Air di dalam jag air boleh memenuhi _________ gelas
Air di dalam botol boleh memenuhi __________ gelas
Air dalam bekas air boleh memenuhi __________ gelas.
7. Murid diminta untuk membincangkan tentang bekas yang mempunyai kapasiti atau isipadu yang paling kecil dan paling besar.
8. Murid dikehendaki menyusun bekas secara menaik dari kapasiti paling sedikit kepada kapasiti yang paling banyak.
9. Murid diminta untuk menyelesaikan pernyataan seperti di bawah dengan jawapan yang betul.
contoh :
Jag air boleh mengisi _____________ air daripada baldi.
Baldi boleh mengisi ______________ air daripada bekas air.
Bekas air boleh mengisi ____________ air daripada jag air
Bekas air boleh mengisi ____________ air daripada baldi
Baldi boleh mengisi _______________ air daripada jag air.
4.2 Kumpulan Berpencapaian Rendah
Tajuk : Isipadu cecair
Hasil pembelajaran : menyukat isipadu cecair menggunakan unit-unit bukan piawai
Bahan-bantu mengajar : jag air , cawan plastik , gelas dan botol
Pengetahuan sedia ada : murid telah mengetahui tentang membandingkan nombor.
Kosa kata : kosong , penuh , lebih banyak, sedikit , kurang daripada , lebih daripada.
Langkah-langkah :
1. Guru menunjukkan beberapa bekas seperti , botol plastik , gelas , cawan dan jag air yang belum diisi dengan air.
2. Guru mengisi air kedalam bekas-bekas tersebut mengikut persepsi kapasiti.
3. Guru meminta murid untuk menyatakan kandungan air yang terdapat dalam setiap bekas tersebut dengan tepat seperti penuh , separuh penuh dan kosong.
4. Beberapa orang murid diminta untuk menyusun bekas-bekas tersebut mengikut turutan daripada kosong kepada penuh.
5. Guru meminta seorang murid untuk mengisi penuh jag air.
6. Murid diminta untuk mengisi kesemua air didalam jag tadi ke dalam gelas.
7. Murid lain pula mengulangi mengisi kesemua air di dalam jag dengan menggunakan bekas yang lain pula.
8. Murid diminta untuk mencatatkan hasil penemuan mereka di dalam jadual yang seperti berikut:
Bekas | Bilangan |
Gelas |
|
Botol air |
|
Cawan plastik |
|
9. Murid diminta membuat perbandingan tentang ketiga-tiga bekas tadi. Yang manakah bekas yang mempunyai kapasiti yang paling kecil dan bekas yang manakah mempunyai kapasiti yang paling besar.
10. Murid diminta untuk menulis pernyataan yang betul tentang isipadu air dalam jag dengan menggunakan ketiga-tiga bekas tersebut.
Isipadu air di dalam jag adalah sama dengan kapasiti _______ gelas.
Isipadu air di dalam jag adalah sama dengan kapasiti _______ botol
Isipadu air didalam jag adalah sama dengan kapasiti _______ cawan.