Wednesday, November 24, 2010

PENGENALAN

1.0   Pengenalan
Masalah pengukuran adalah masalah yang sering timbul dalam kehidupan harian terutamanya kepada kanak-kanak. Kanak-kanak seharusnya berpeluang mempelajari tentang pengukuran. Mereka akan belajar tentang pengukuran apabila mereka berfikir mengenai masalah tersebut. Kanak-kanak yang cenderung berfikir tentang pengukuran akan membolehkan guru untuk memberi panduan supaya mereka  menerokai prinsip-prinsip pengukuran dengan lebih mendalam.
Pengajaran prinsip pengukuran juga dapat membantu guru mengajar operasi nombor.  Idea-idea pengukuran mungkin boleh dilihat sebagai pelengkap kepada pengajaran konsep nombor. Oleh itu .  pengajaran tentang pengukuran juga menyediakan satu cara yang baik untuk menyampaikan pengalaman-pengalaman penyelesaian masalah dalam setiap tahap metematik.

1.1 Isipadu cecair  
Pengukuran isipadu cecair adalah berkaitan pengetahuan kita terhadap apa yang kita sukat. Semasa mengajar pengukuran isipadu cecair, kanak-kanak akan membuat perbandingan dengan menggunakan kosa kata tentang sifat atau kandungan cecair.  Perkara ini amat penting semasa murid membuat perbandingan dan ia dikenali sebagai pra pengukuran kerana tidak melibatkan nombor.

1.2 Salah konsep mengenai kapasiti
Sesetengah kanak-kanak akan mengalami salah konsep mengenai kapasiti atau isipadu cecair. Mereka biasanya hanya mempunyai sedikit pengetahuan tentang kapasiti. Kanak-kanak juga sering membuat perbandingan mengenai tinggi berbanding kapasiti. Mereka akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun sebenarnya bekas yang pendek mempunyai kapasiti atau isipadu yang lebih banyak. Oleh itu, cara untuk mengkaji kapasiti adalah dengan membuat  perbandingan langsung menggunakan beberapa jenis bekas pengisi air dan pasir. Kanak-kanak boleh mengisi satu bekas dan menuangnya ke satu bekas yang lain untuk melihat bekas mana bolah mengisi lebih.

No comments:

Post a Comment